Panduan & Maklumat
Sebarang pembaharuan dan perubahan akan kami maklumkan di dalam halaman ini. Anda digalakkan sentiasa kembali dan merujuk halaman ini untuk mendapatkan maklumat terkini sebagai panduan dan maklumat semasa kembara dan pertandingan bagi mengelakkan kekeliruan dan kesukaran semasa mengikuti program.

Lokasi Perlepasan Konvoi
Terdapat dua (2) lokasi perlepasan (flag-off point) yang telah ditetapkan oleh penganjur.
1. Sri Pentas, TV3, Kuala Lumpur (lokasi pertemuan utama)
1. Laluan dari Sri Pentas
Waktu flag-off ialah jam 8:00 pagi pada hari Jumaat 24 Jun 2011.
Sri Pentas > Duke > Plaza Tol Gombak > Gambang > Kenyir
Kami akan menetapkan laluan, masa dan tempat pertemuan kenderaan.
Pengesahan
Peserta perlu hadir ke lokasi pilihan yang telah ditandakan semasa mengisi borang penyertaan untuk mengelakkan kesulitan semasa pengesahan. Maklumkan segera jika terpaksa mengubah lokasi flag-off dengan menelefon atau mengunakan pertanyaan online kami.
Sila buat pengesahan apabila sampai ditapak lokasi flag-off dengan kadar segera apabila petugas memulakan kaunter pengesahan.
Anda akan diberikan pelekat (sticker) dan lain-lain barangan semasa pengesahan.
Peruntukan masa yang cukup untuk menampal pelekat dan memasang bendera jika ada dan periksa kenderaan dan bot anda di dalam keadaan selamat.
Sila hadirkan diri untuk penerangan dan taklimat terakhir daripada petugas sebelum perlepasan.
Sila dapatkan maklumat untuk berhubung dengan marsyal atau petugas sebelum perjalanan bagi memudahkan usaha mendapatkan bantuan semasa kesulitan.
Mengisi Minyak Kenderaan
Kami akan menetapkan lokasi berhenti mengisi minyak.
Memandu Secara Selamat & Berhemah
Setiap peserta yang membawa bot diwajibkan memastikan bot diletakkan secara selamat.
Peserta dilarang meletakkan bot secara condong yang memerangkap angin dan membahayakan peserta yang lain dalam rombongan semasa perjalanan.
Anda dinasihati supaya sentiasa berada di dalam barisan dan tidak potong-memotong.
Jarakkan kenderaan anda pada jarak yang selamat dan tidak memandu secara laju dan tergopoh-gapah.
Pastikan lampu brek berfungsi dengan baik sebelum perjalanan.
Pastikan bendera yang dipasang diikat dengan kuat dan selamat.
Sila ikuti arahan dan panduan marsyal atau polis yang bertugas.
Penganjur akan meletakkan beberapa petunjuk jalan di lokasi dan simpang penting sebagai panduan perjalanan, namunpun begitu peserta dinasihatkan berada dalam kelompok konvoi bagi mengelakkan kekeliruan.
Menurunkan Bot
Penganjur menetapkan peserta konvoi perlu sampai ke Pengkalan Gawi pada pukul 5 petang. Segala urusan menurunkan bot dilakukan sejurus sampai di tapak lokasi.
Terdapat dua lokasi menurunkan bot (sila rujuk gambar ditandakan sebagai kawasan A & B).

Kawasan letak kenderaan ialah di tapak sebelah kawasan B dan beberapa batang jalan berdekatan yang akan ditentukan oleh petugas nanti.
Sila patuhi arahan marsyal atau petugas yang bertugas mengawal trafik di tapak lokasi di Pengkalan Gawi.
Sila bersabar dan berada di dalam satu barisan di sebelah kiri jalan sahaja dan tidak menghalang jalan dari arah bertentangan untuk memudahkan urusan keluar kenderaan yang sudah menurunkan bot.
Kepada kenderaan yang tidak membawa bot atau peserta kategori "Boat House", anda akan diarahkan ke lokasi meletak kenderaan yang akan ditentukan untuk mengelakkan kesesakan dan seterusnya membuat pengesahan rumah bot.
Kenderaan yang diletakkan di Pengkalan Gawi adalah atas tanggungjawab anda walaubagaimanapun pihak penganjur akan menempatkan petugas RELA bagi memantau keadaan di Pengkalan Gawi.
Sila klik disini untuk merujuk kawasan sekitar Pengkalan Gawi.
Peserta Kategori "Casting"
Semua peserta kategori casting perlu berlepas sendiri dari Pengkalan Gawi ke Pertang Island Resort dengan bot sendiri.
1. Pastikan enjin dalam keadaan baik dan bekalan minyak mencukupi
2. Memakai jaket keselamatan
3. Membawa dayung tambahan
4. Bekalan minuman dan makanan mencukupi
5. Alat komunikasi sesuai untuk saat kecemasan
* Sila dapatkan maklumat terakhir jika terdapat acara perlepasan bot pada Jumaat petang di Pengkalan Gawi.
|